Friday, August 17, 2007

Salam perjuangan

"Bumi kita ini bumi payah...
peluh, air mata dan mungkin darah..
Bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,
peganglah tanganku...
Kita beriringan sebagai pejuang...
Bila aku katakan padamu:
'Perjuangan itu PAHIT..'
Kau sahutlah kembali bahawa sesungguhnya:
'Syurga itu MANIS...' "

ILMU DAN DAKWAH

Pengenalan


Ilmu adalah satu kewajiban. Dakwah juga adalah satu kewajiban. Setiap muslim wajib berilmu dan wajib berdakwah.

Namun, ramai yang berilmu tetapi tidak bersungguh dalam berdakwah. Begitu pulalah, ramai yang berdakwah tetapi tidak bersungguh menuntut ilmu.

Bagaimana menyelesaikan persoalan ini?

Isu ini cuba dikupas untuk memberi ketenangan di hati, lalu memilih jalan hidup muslim.



Ilmu


Ilmu adalah makanan akal. Sebagaimana perut menjadi rosak tanpa makanan, lalu membawa kesakitan dan penyakit, begitu jugalah akal menjadi rosak tanpa ilmu, lalu membawa kejahilan dan kejahatan.

Ilmu adalah cahaya. Ia menerangi kehidupan di dunia dengan pandangan mata hati sebagaimana cahaya matahari menerangi bumi dengan pandangan mata zahir. Bahkan, ilmu menerangi kehidupan akhirat dengan mata hati, alam ghaib yang tak terjangkau oleh kekuatan cahaya matahari.

Ilmu adalah nikmat paling besar. Dengannya sahaja manusia mengenal penciptanya Yang Esa. Dengannya mereka menyembahNya, mendekatiNya dan mencintaiNya. Walaupun harta, pangkat, sokongan dan keselesaan adalah nikmat yang sentiasa diburu, ia tidak memperkenalkan manusia kepada tuhannya, bahkan kadang – kadang tambah menyesatkan mereka dari kehidupan akhirat.


Menuntut ilmu adalah kewajiban muslim dari kecil sehingga mati.

Sebabnya, RasuluLlah s.a.w. mengajar ilmu dari mula menerima wahyu sehinggalah baginda wafat. Maka, begitulah kita sebagai umatnya.

Sebabnya, ilmu tiada hadnya. Berhenti menuntut ilmu beerti berhenti berjalan menuju Allah. Mereka yang berhenti menuntut ilmu beerti berhenti berlumba menuju Allah. Allah mewajibkan setiap muslim berlumba ke arahNya.

Sebabnya, Ilmu menjadi pelindung dari tipu daya syaitan dan musuh. Syaitan menipu daya manusia sampai mati dengan pelbagai cara tanpa putus asa. Ilmu mmemperkenalkan manusia dengan aneka tipu daya syaitan. Selamat hari ini tidak beerti selamat hari esok.



Dakwah


Dakwah beerti menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran ( amar ma’ruf nahi mungkar ). Ia bermula dengan menyeru manusia beriman kepada Allah dan berakhir dengan berjihad menegakkan kalimah Allah di muka bumi( al jihad fi abiliLlah ).

Dakwah adalah matlamat utama perutusan anbiya’ ke muka bumi. Manusia berhajat kepada hidayah Allah untuk hidup di dunia. Mereka pula tidak akan memperolehi hidayah tanpa kerja dakwah para nabi. Maka, perutusan para nabi adalah gagal jika manusia tidak mendengar hidayah Allah.

Dakwah adalah tugas utama para nabi. RasuluLlah s.a.w. tidak hanya membina masjid, lalu menjadi imam atau mengumpul murid, lalu menjadi guru atau membina masyarakat, lalu menjadi ketua, bahkan baginda melakukan semua usaha demi menyampaikan dakwah ke telinga setiap manusia.


Dakwah adalah kewajiban muslim dari kecil sehingga mati.

Sebabnya, RasuluLlah s.a.w. berdakwah dari mula menerima wahyu sehinggalah baginda wafat. Maka, begitulah kita sebagai umatnya.

Sebabnya, manusia sebahagian besarnya terus kufur dan melakukan maksiat. Berhenti berdakwah beerti membiarkan manusia terus sesat. Itu dosa yang nyata.

Sebabnya, syaitan terus berusaha menyesatkan manusia yang telah mendapat hidayat. Setiap muslim dalam bahaya disesatkan syaitan dan kuncunya daripada kalangan manusia sendiri. Dakwah yang berterusan menjadi ingatan yang berguna kepada setiap muslim.



Ilmu dan dakwah: Yang mana satu lebih utama?


Kedua – dua, ilmu dan dakwah adalah sama wajib dan sama penting.

Bezanya, ilmu adalah kewajiban bagi seorang murid, sedang dakwah adalah kewajiban seorang guru. Setiap kita adalah murid dan setiap kita juga adalah guru.

Bezanya, ilmu ibarat lampu yang menerangi jalan. Manakala dakwah adalah seruan supaya manusia bergerak mengikut cahaya.

Kalaulah manusia mampu berjalan tanpa cahaya, tiada gunalah cahaya.

Apalah guna cahaya yang terang benderang tanpa usaha mengajak manusia menggunakan manfaat cahaya itu.

Maka, ilmu adalah galah untuk mengambil buahan yang manis. Manakala dakwah adalah kerja menggunakan galah mencapai buah.

Ilmu adalah alat, manakala dakwah adalah matlamat.

Antara alat dan matlamat, manakah yang lebih utama??



Kesimpulan
Setiap muslim mestilah menyedari hakikat kewajiban berilmu dan hakikat kewajiban berdakwah. Dakwah tanpa ilmu adalah cacat dan tidak berkesan. Ilmu tanpa dakwah adalah sia – sia dan tanpa hasil. Sepanjang mana galah pun, apa guna jika tidak digunakan.

br nak mule nie

assalammualaikum hrm baru nak mule wat blog nie org lain buat kite pun teruje nak wat blog amacam ok tak name blog kiter nie huhuhuu mcm mantap je ...:p